Acara Terkini :

Bantuan W3C

PENGENALAN
 
Portal Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Kelantan ini mempunyai kemudahan untuk capaian Orang Kurang Upaya (OKU) / Disability Access. Kemudahan ini disediakan bagi memenuhi matlamat  W3C Web Accessibility Initiative (WAI) dan Web Content Accessibility Guidelines (WCAG) 2.0 supaya menjadikan laman web mesra pengguna terhadap keperluan OKU.
 
Antara kemudahan yang disediakan seperti berikut:
 
1. Pengguna Cacat Penglihatan
 
Bagi pengguna yang cacat penglihatan, terdapat pembaca teks (text reader) di dalam portal ini.Ianya akan menghasilkan suara yang dijana secara automatik sebagai altenatif kepada pengguna cacat penglihatan dimana mereka boleh mendengar dengan jelas isi kandungan yang ingin disampaikan. Terdapat 2 cara yang boleh digunakan :
 
(a) Pautan kepada pembaca teks :
 
Semasa melayari laman ini, anda akan menemui ikon "Dengar teks ini"  pada penjuru-atas kanan kandungan/artikel tersebut. Klik padanya dan satu tetingkap baru akan muncul. Sila tunggu sebentar sementara laman tersebut sedang di'load'. Anda boleh mendengar suara pembaca teks sejurus selepas ianya selesai dijana. Sila ambil perhatian bahawa ini ialah sebuah aplikasi luaran dan dihos pada pelayan luaran serta merupakan perkhidmatan yang disediakan secara percuma. Masa menunggu akan menjadi lebih lama sekiranya teks yang hendak diproses lebih panjang. Sila ambil perhatian juga, bahawa sebutan yang terhasil tidaklah sesempurna ucapan manusia dan buat masa ini ia hanya menyebut perkataan Bahasa Inggeris dengan betul.
atau
 
(b) IE Page Reader :
 
Dapatkan IE Page Reader
Sebelum anda boleh menggunakan komponen ini, anda harus memuat turun MS Speech API. Jika anda menggunakan Windows2000, besar kemungkinan sistem anda sudah memiliki komponen ini. Anda juga perlu memuat turun sekurang-kurangnya satu Speech Engine . Speech Engine adalah 'suara' seseorang lelaki atau perempuan, yang akan bercakap dalam Bahasa Inggeris atau bahasa-bahasa lain. Untuk arahan selanjutnya bagi menggunakan komponen ini.
 
2. Pengguna warga tua
 
Pengubah saiz teks - menyediakan kemudahan pilihan saiz teks yang berbeza. Pilihan saiz teks tersebut dipaparkan di ruangan atas Portal. Pengguna boleh memilih samada untuk memilih saiz teks yang lebih besar atau lebih kecil, mengikut kesesuaian.
 
3. Pilihan Bahasa

Terdapat pelbagai pilihan bahasa yang disediakan oleh Portal Rasmi Kerajaan Negeri Kelantan iaitu Arab, Cina, Perancis, Jerman, India, Itali, Jepun dan Korea. Pengguna boleh memilih bahasa yang bersesuai dengan mereka untuk membaca kandungan di dalam Portal.

Share

Telah dikemaskini pada : 3 Mac 2014



[Dasar Privasi] [Dasar Keselamatan] [Soalan Lazim] [Bantuan W3C]