Acara Terkini :

Articles

Lain-Lain Hotel

KTC HOTEL & APARTMENT


Alamat: Lot 684 Seksyen 14, 15200 Kota Bharu, Kelantan.

Harga: Studio Twin          RM 137.80

          Studion Queen      RM 137.80

          Studion Triple       RM 190.00

          Superior Duluxe     RM 212.00

          Deluxe Triple         RM 254.40

          Family                 RM 318.00

Koordinat: 6.121667, 102.239444

No. Tel: 09-7471 222

No. Faks: 09-7470 202

Laman Web: http://kelantantradecentre.webs.com/

Emel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.


HOLIDAY VILLA HOTEL AND SUITES


Alamat:  PT 968, Jalan Kuala Krai, Wakaf Che Yeh,15150 Kota Bharu, Kelantan

Harga: Superior single      RM170.00 nett

             Superior double     RM190.00 nett

           Deluxe single         RM190.00 nett

             Deluxe double        RM210.00 nett

Koordinat: 6.087222, 102.241667

No. Tel: 09-7474 004 / 09-7734993

No. Faks: 09-7473 003

Laman Web: http://www.holidayvillakb.com

Emel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.


GUNUNG STONG STATE PARK RESORT

 

Alamat: Gunong Stong State Park Resort,Jelawang, 18200 Dabong Kelantan.

Harga:  Standard Twin  RM 90.00

             Family room    RM 140.00

Koordinat:

No. Tel: 609-9362000/609-9362002

No. Faks: 609- 9361201

Laman Web: http://www.gunungstongresort.webs.com

Emel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.


CHALET SRI TUJUH

 

Alamat: Pantai Sri Tujuh, 16200, Tumpat, Kelantan

Harga: Suite (atas air)    RM209.75

           Double Deluxe     RM147.00

           Single deluxe      RM136.50

           Family superior    RM105.00

           Double standard  RM94.50

           Single standard   RM89.25

           Asrama/dom       RM84.00

Koordinat:

No. Tel: 09 – 721 1753 / 09 – 725 2224

No. Faks: 09 – 725 6919

Laman Web:

Emel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.


HOTEL PERDANA


Alamat: Jalan Mahmood, 15200 Kota Bahru, kelantan.

Harga: Klasik double/ twin                  RM280.00

          Premier double atau twin          RM305.00

          Perdana room                         RM393.00

          Deluxe premier double              RM393.00

          Perdana executive                   RM335.00

          Perdana suite                         RM590.00

          Presidential suites                   RM4500.00

Koordinat: 6.121389, 102.241944

No. Tel: 09-7458888

No. Faks: 09-7488855

Laman Web: http://www.hotelperdanakotabharu.com

Emel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

            This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

 

PASIR BELANDA RESORT

 

Alamat: Kampong Banggol, Jalan PCB (PCB Road) 15350 Kota Bharu Kelantan

Harga: Standard chalet     RM160.00

           Superior chalet     RM190.00 (2persons)

                                     RM220.00 (3 persons)

                                     RM250.00 (4 persons)

Koordinat: 6.157778, 102.256389

No. Tel: 09 - 747 7046 / 017-9846713

No. Faks: 09 - 747 7046

Laman Web: http://www.pasirbelanda.com

Emel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

 

ROYAL GUEST HOUSE

 

Alamat: Lot 440 - 443 & Lot 448 – 452,Jalan Hilir Kota, 15300 Kota Bharu, Kelantan

Harga: RM109.00 – RM199.00

Koordinat: 6.13175, 102.237389

No. Tel: 09-7430008

No. Faks:

Laman web: http://www.royalguesthse.com

Emel:-

 

RIDEL BOUTIQUE HOTEL SDN. BHD.

 

Alamat: PT 762, Blok H, Wakaf Che Yeh, 15100 Kota Bharu, Kelantan.

Harga: Superior          RM79.00

           Deluxe            RM89.00

           Family Deluxe   RM149.00

Koordinat: 6.086111, 102.236389

No. Tel: 09-7434888

No. Faks: 09-7434999

Laman Web: http://www.ridelhotel.com.my

Emel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

 

KENARI VILLA GUEST HOUSE

 

Alamat: No 3201-W, Lorong Merican, 15150, Kota Bharu, kelantan.

Harga: RM350.00 per day per unit

            RATE PER ROOM (available only on off peak seasons)

-Bedroom with queen size beds with fan @ RM 70.00 per day

-Bedroom with queen size bed and aircon @ RM 80.00 per day

-Master Bedroom with Queen size bed with aircon @RM 130.00 per

-Bedroom with 2 single beds with fan @ RM70.00 per day

Koordinat:

No. Tel: 012-9889788

No. Fax: 09-7479450

Laman Web: http://kenarivilla.blogspot.com

Emel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

 

CRYSTAL LODGE

 

Alamat: 124, Jalan Che Su, 15000 Kota Bharu, Kelantan.

Harga:  Standard single        RM89.00

           Standard queen       RM129.00

           Superior                  RM159.00

           Family                    RM299.00

           Apartment              RM500.00

Koordinat:

No. Tel: 09-747 0888

No. Faks: 09-747 0088

Laman Web: http://crystallodge.com.my/

Emel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.


Seni Kraf

 

Perusahaan Batik
Negeri Kelantan kaya dengan hasil seni batik kerana batik merupakan pakaian tradisi bagi penduduk Kelantan. Tempat yang terkenal dengan perusahaan membuat batik antaranya yang dijalankan di Kampung Kota, Kampung Puteh dan Kampung Badang di Kota Bharu. Pengunjung boleh melawat kilang menghasilkan batik dan melihat sendiri keseluruhan proses penghasilan batik.

Songket
Songket merupakan pakaian tradisional melayu yang sentiasa dibanggakan oleh penduduk di negeri Kelantan. Songket diberi jolokan sebagai "Cloth of Gold". Selalunya pakaian songket ini dikhaskan untuk pihak diraja sahaja. Namun kini ia sudah biasa digunakan oleh orang ramai dalam melangsungkan perkahwinan atau menyambut apa-apa perayaan. Industri tenunan songket boleh didapati di sekitar Kampung Penambang, Kota Bharu.

Perak
Produk perak terkenal di Kelantan kerana keunikan ukiran dengan kehalusan seni serta rekabentuk yang sangat menarik. Barangan perak yang dihasilkan adalah barangan yang boleh digunakan hingga barangan yang dibuat sebagai perhiasan seperti mangkuk buah, set minuman, bekas habuk rokok, kerongsang, rantai atau gelang serta pelbagai hiasan diri untuk lelaki dan wanita terdapat di sekitar negeri ini terutamanya di Jalan Kampung Sireh, Kota Bharu dan Kampung Morak di Tumpat.

Ukiran Kayu
Kraf tradisional yang dihasilkan daripada kayu yang berkualiti tinggi seperti cengal, jati dan merbau yang mana sering digunakan untuk membuat bot dan perabot. Di Kelantan, motif ukiran kayu biasanya berdasarkan tempat kraf itu digunakan. Motif kaligrafi kebanyakannya digunakan di masjid dan motif alam sekitar dibangunan istana dan golongan bangsawan. Semakin cantik dan menarik ukiran itu, semakin tinggi golongan masyarakat yang menggunakannya. Seni ukiran kayu ini begitu aktif dihasilkan di Kelantan terutamanya di sekitar Tumpat.

Buluh
Di Kampung Tok Oh iaitu bersebelahan dengan Kampung Ana, terdapat perusahaan membuat peralatan daripada buluh seperti bakul, perhiasan dinding, tikar dan sebagainya. Ia amat popular di sini dan mendapat tempahan dari seluruh negeri di Malaysia. Ia diusahakan oleh kaum wanita yang tinggal di sekitar Kampung Tok Oh, Kampung Ana, Kampung Padang Mandol dan Kampung Jal Besar di Tumpat.

Rotan
Rotan digunakan untuk menghasilkan perabot dan bakul. Rotan boleh dijadikan sebagai kayu untuk membuat perabot apabila dipotong mengikut bahagian-bahagian tertentu. Rotan boleh diserikan dengan pelbagai warna dan boleh dibentuk dengan pelbagai rupa. Tambahan pula, bahagian luar rotan juga boleh menghasilkan anyaman. Perusahaan ini boleh didapati di Kampung Gelang Mas, Pasir Mas.

Tembikar
Tembikar merupakan salah satu kraftangan yang dihasilkan melalui tanah liat. Sejak dahulu lagi, tembikar sering digunakan untuk kegunaan sebagai upacara kematian dan keagamaan oleh masyarakat ulu di Sarawak. Pembuatan tembikar dihasilkan pada zaman Neolitik. Pelbagai artifak telah dijumpai di Kedah, Perak, Pahang, Sabah dan Sarawak. Kini, barangan tembikar telah menjadi ikon utama untuk perhiasan rumah. Ukiran di dinding pejabat, lampu tidur dan sebagainya telah diambil daripada seni ukiran tembikar. Terdapat dua tempat perusahaan yang terkenal di Kelantan iaitu, di Kampung Sribong, Kota Bharu dan Kampung Mambong, Kuala Krai. Masing-masing membuat barangan tembikar daripada tanah liat yang terpilih sahaja kerana untuk menjaga kualiti dan tahan lasak barangan tersebut.

Pertukangan Besi
Pertukangan besi Kampung Perangkap, Bunut Susu, Pasir Mas adalah industri pertukangan menempa senjata tradisional seperti keris, parang, pedang, badik dan sebagainya. Kampung Perangkap, Bunut Susu, Pasir Mas telah terkenal dengan industri pertukangan besi sejak dahulu lagi dan mendapat tempahan seluruh negeri di Malaysia. Ianya merupakan perusahaan tradisional yang diwarisi daripada nenek moyang. Perusahaan ini dilakukan secara kecil-kecilan. Pengeluaran peralatan senjata daripada besi ini terhad disebabkan kebanyakan kerja-kerja dilakukan secara manual dengan menggunakan tenaga manusia sepenuhnya.

Wau Bulan
Hakikatnya penduduk negeri Kelantan menjadikan permainan wau sebagai salah satu permainan tradisional semasa lapang. Layang-layang atau wau ini akan melayang-layang di udara setelah ia dinaikkan. Permainan ini biasanya dilangsungkan selepas musim menuai, iaitu setelah petani-petani mempunyai masa yang terluang untuk mencipta dan menghias wau mereka. Terdapat banyak jenis wau seperti "wau kucing" , "wau merak", "wau bulan" dan lain-lain lagi.

Untuk mencipta wau, kemahiran yang tinggi serta kesabaran yang sepenuhnya diperlukan. Sepanjang perjalanan menuju ke Pantai Cahaya Bulan, terdapat banyak kedai yang mengeluarkan dan menjual wau yang direka sendiri.

Gasing
Gasing memainkan peranan yang penting sebagai hiburan tradisi rakyat Kelantan. Terdapat dua jenis gasing yang biasanya dimainkan oleh masyarakat melayu iaitu Gasing Uri dan Gasing Pangkah. Gasing Uri dibuat daripada logam timah dan kayu merbau. Paksinya dibuat daripada besi. Manakala kepalanya dibuat dari tanduk kerbau supaya gasing itu lebih cantik. Di dalam pertandingan, gasing yang berpusing lebih lama akan dianggap sebagai menang. Manakala Gasing Pangkah pula diperbuat dari kayu keranji. Banyak tempat-tempat yang mengusahakan perusahaan ini seperti di Kampung Berlian Kok Pasir dan Kampung Ana Jal Besar di Tumpat, Kampung Gertak Kechupu di Kota Bharu, dan Kampung Kubang Telaga di Bachok dan lain-lain lagi.

Kertok
Kertok adalah salah satu hiburan tradisional masyarakat Melayu Kelantan. Asal-usul permainan Kertok bermula apabila ia digunakan oleh penanam padi bagi tujuan menghalau burung pada musim padi masak. Pada masa kini alat ini mempunyai fungsi yang utuh dan boleh dikatakan terkenal dalam masyarakat tradisi Kelantan yang rata-ratanya ialah masyarakat petani. Kertok dibuat dengan menggunakan kayu Merbau atau Nibong yang dilubangkan di tengah-tengahnya dan diisi pula dengan tempurung kelapa tua yang telah diproses. Buah kelapa tersebut dibelah dua dan diletakkan sekeping papan yang dibuat daripada kayu Nibong iaitu sejenis kayu keras yang tahan dipalu. Papan ini dikenali sebagai “belira” atau daun dan diikat dengan getah pada tiang yang terletak dibahagian atas kertok. Kadang-kadang kertok ini dihiasi dengan panji-panji yang berbagai corak dan warna serta lukisan yang menarik. Kertok dimainkan di majlis-majlis keramaian atau majlis rasmi menyambut Pembesar Negeri. Ia boleh dimainkan oleh dua orang atau berkumpulan. Sesebuah kumpulan mengandungi 12 hingga 24 peserta. Paluan Kertok juga mempunyai lagu-lagu tertentu seperti Ropok, Anjol, Kuncah Manis, Gadoh, Kudarambak, Kedogong dan lain-lain. Penduduk sekitar Kampung Petani, Sering, Kota Bharu, Kampung Serdang, Pasir Mas, Kampung Chica, Bachok, Kampung Tempoyak, Bachok dan Kampung Gelang Mas, Pasir Mas, ini amat popular dalam perusahaan membuat kertok.

Rebana Ubi
Rebana Ubi merupakan salah satu permainan tradisi masyarakat Melayu Kelantan yang telah mula dimainkan kira-kira 3 abad dahulu. Pada masa silam, Rebana Ubi merupakan permainan masa lapang yang biasanya dimainkan setiap kali tamatnya musim menuai. Cara permainannya ialah setiap rebana ubi akan dipukul oleh dua orang dan boleh dimainkan secara paluan atau dipukul dengan tangan sahaja. Cara pertandingan pula ialah di dalam pertandingan satu pasukan akan memukul enam rebana dengan jumlah anggota seramai 12 orang, iaitu dua orang bagi setiap satu rebana. Pelbagai rentak akan diperdengarkan. Sebuah lagu akan dimainkan secara rasmi selama dua minit dan setiap satu-satu pasukan akan bergilir-gilir bermain. Pemberian markah dalam pertandingan adalah bergantung kepada ketahanan rentak, irama dan ragam yang berlainan serta keseragaman paluan itu sendiri. Perusahaan ini boleh didapati seperti di Kampung Petani, Sering, Kampung Banggol, Gelang Mas, Kampung Paloh, Palebang, Kampung Gelong dan lain-lain lagi.

Wayang Kulit
Wayang Kulit merupakan sejenis permainan tradisi rakyat Kelantan yang diwarisi sejak turun–temurun. Pertunjukkan Wayang Kulit biasanya diadakan di bangsal atau panggung lengkap dengan kumpulan muzik serta patung–patung wayang kulit yang terdiri daripada pelbagai watak. Tok Dalang merupakan orang yang melakonkan atau menggerakkan patung-patung wayang kulit mengikut kisah cerita yang hendak dipertunjukkan. Wayang kulit dimainkan pada waktu malam di majlis-majlis keramaian atau pesta. Kisah cerita yang diriwayatkan dalam permainan wayang kulit asalnya adalah dari epik Hindu tetapi kini telah diubahsuai dengan kebudayaan melayu tempatan. Perusahaan ini boleh didapati di Kampung Kemasin, Bachok, Kampung Pasir Chetok, Pasir Mas, Kampung Laut 2, Tumpat, Kampung Setek, Kota Bharu, Kampung Sri Tanjong, Tumpat dan lain-lain lagi.

 

Kalendar Tahun Melawat Kelantan 2012

TARIKH

ACARA TEMPAT


1 JAN


Sambutan Tahun Melawat Kelantan 2012

Pintu Masuk ke Kelantan

16 – 21 JAN

Sesi Kembara Tahun Melawat Kelantan 2012

Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Melaka, Negeri Sembilan, KL


25 – 28 JAN


Kelantan Ride 2012

Kelantan, Perak, Kedah, P.Pinang


4 FEB


Pertandingan Ayam Serama Kebangsaan

Pasar Minggu Kraf dan Flora, Pengkalan Chepa


2 & 3 MAC


Pelancaran Tahun Melawat Kelantan 2012

Perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV


9 MAC



Pesta JoranTumpat


Pantai Geting, Tumpat


16 MAC


Pesta Pantai Tumpat

Pantai Sri Tujoh, Tumpat


7 APR


Pertandingan Seni Suara Burung
Ketitir Antarabangsa Kelantan

Lubok Jong, Pasir Mas


27 – 30 APR


Karnival Seni Budaya & Festival Batik, Songket dan Kraf

Perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV


3 5 MEI


Walkaton D'Raja Kelantan 2012

Kota Bharu


5 MEI



Jamboree Volkswagen 2012


Dataran Lembah Sireh


3 – 16 JUN



Pesta Pantai Bachok


Pantai Irama, Bachok


5 – 9 JUN



Pesta Wau Antarabangsa Kelantan


Pantai Geting, Tumpat


15 – 21 JUN



Ekspo Perdagangan Dunia Islam & Konvensyen Halal Berasaskan Dinar Dirham


Perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV



16 JUN


Pesta Joran Bachok

Pantai Irama, Bachok


9 OGOS


Qiam With ME

Dewan Jubli Perak, Istana Negeri Kelantan


1 – 3 SEP


Festival Makanan

dan Buah-Buahan Antarabangsa Kelantan

Dataran Cintawangsa, Kuala Krai


8 SEP


Pertandingan Ayam Serama ASEAN

Pasar Minggu Kraf dan Flora, Pengkalan Chepa


6 – 9 OKT



Anugerah Bintang Seni


Gelanggang Seni


1 NOV  6 DIS


Ekspo MAIK  2012

Istana Negeri,
Kubang Kerian


13  15 DIS


Kelantan Photo Challenge 2012

Kg. Kraftangan,
Kota Bharu

Pusat Membeli Belah

Rantau Panjang
Merupakan tempat terkenal sebagai kawasan bebas cukai yang terletak di sempadan Malaysia-Thailand yang terpisah dengan Sungai Golok. Rantau Panjang terletak kira-kira 40 km dari Kota Bharu iaitu kira-kira 45 minit. Kepelbagaian produk seperti pinggan-mangkuk, makanan, pakaian, kelengkapan rumah dan sebagainya boleh didapati dengan harga murah. Kompleks membeli belah ini dibuka dari pukul 10.00 pagi hingga 7.00 malam.

Pengkalan Kubor
Pengkalan Kubur dikenali sebagai pusat membeli-belah dan merupakan kawasan bebas cukai di Kelantan. Kawasan ini terletak kira-kira 35 km dari Kota Bharu. Kawasan ini sangat terkenal sebagai tempat menjual barangan yang berkualiti tinggi dan sentiasa menarik perhatian pengunjung tempatan dan juga pengunjung luar. Pengkalan Kubur merupakan bandar yang berada di sempadan Malaysia-Thailand. Merentasi Sungai Golok adalah kawasan Thai iaitu Tak Bai dalam wilayah Narathiwat.

Pasar Besar Siti Khadijah
Pasar Siti Khadijah merupakan tempat menjual pelbagai jenis makanan termasuklah barangan keperluan harian. Pasar ini beroperasi seawal 7.00 pagi sehingga 6.00 petang. Apa yang menyebabkan pasar ini unik ialah pemandangan dalam pasar yang dilihat dari tingkat 3 dan para penjual dimonopoli oleh golongan perempuan.

Pasar ini dinamakan sempena nama isteri Nabi Muhammad s.a.w. Pasar ini berbentuk segi 8. Kedudukan yang amat strategik di pusat Bandar Kota Bharu memudahkan para pengunjung untuk bertandang.

Bazar Buluh Kubu
Merupakan bazar yang terkenal sebagai pusat jualan batik dengan kepelbagaian corak dan berkualiti tinggi serta penjualan songket dan barangan kraftangan dengan harga yang perpatutan. Bazar ini terletak bersebelahan dengan Pasar Siti Khadijah dan Istana Balai Besar dan mempunyai tiga tingkat. Konsep bazar ini ialah pasar terbuka dengan pemandangan yang menarik dan juga pengunjung dapat memperolehi harga yang berpatutan.

Bukit Bunga
Bukit Bunga merupakan kampung yang bersempadan dengan Malaysia-Thailand. Bukit Bunga terletak 30 km dari Tanah Merah sekiranya melalui Lebuhraya Timur Barat. Deretan kedai yang menawarkan pelbagai barangan dengan harga yang berpatutan pasti menggamit naluri para pelancong untuk membeli-belah di sini. Untuk sampai di sini perjalanan akan mengambil masa kira-kira dua jam dari Kota Bharu. Ianya beroperasi dari 9.00 pagi hingga 7.00 malam memandangkan laluan ini adalah antara laluan utama jalanraya ke Utara.

Bazar Tok Guru
Bazar Tok Guru adalah sebuah bazar yang baru siap dibina dan dirasmikan sendiri oleh Tuan Guru Dato’ Bentara Setia Menteri Besar Kelantan pada bulan Julai 2011. Bazar ini antara lokasi pusat membeli belah di tengah-tengah Bandar Kota Bharu. Selain menjual pelbagai aneka pakaian siap, batik dan songket, makanan tempatan seperti keropok dan dodol juga ada dijual di sini. Setiap pengunjung yang biasa bertandang ke Kelantan sudah pasti mengenali Bazar Tok Guru kerana kedudukannya yang berhampiran Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Kelantan yang mana memudahkan para pelancong untuk mendapatkan maklumat tentang pelancongan di Negeri Kelantan.

KB Bazar
KB Bazar merupakan lokasi perniagaan yang baru di Kota Bharu. KB Bazar terletak dilokasi perniagaan yang strategik bagi Bumiputera. Ianya terletak di Jalan Hamzah, bersebelahan KB Mall. Antara barangan yang ditawarkan termasuklah batik, barangan perak, perabot rumah, pakaian dan barangan antik yang dihasilkan sendiri oleh rakyat Kelantan.

Wakaf Che Yeh
Untuk menikmati bagaimana masyarakat Kelantan berniaga pada waktu malam, para pelancong boleh mengunjungi pasar malam Wakaf Che Yeh. Ia adalah merupakan pasar malam terbesar di Pantai Timur. Uniknya lokasi ini ialah kerana ia beroperasi dari siang hinggalah ke malam malah hingga ke lewat pagi. Barang-barang yang dijual di sini terdiri daripada barangan tempatan dan yang diimport dari Thailand seperti pakaian, barangan perhiasan dan keperluan harian serta makanan.

Pusat Membeli Belah Moden
Kota Bharu juga mempunyai banyak pusat membeli belah untuk dikunjungi yang menawarkan pelbagai jenis dan pengkhususan barangan. Pusat-pusat membeli belah tersebut ialah seperti KB Mall, Billion Shopping Centre, Pantai Timur Supermarket, The Store, dan lain- lain. Projek Pembangunan Tebing Sungai Kelantan juga telah dilengkapi dengan sebuah pasaraya TESCO. Terdapat “hypermarket” di Taman Bendahara, Pengkalan Chepa yang telah lama memulakan operasi perniagaannya untuk kemudahan penduduk setempat. Di tengah-tengah pusat Bandar Kota Bharu juga terdapat sebuah pasaraya yang baru dikenali dengan KBTC atau Kota Bharu Trade Centre yang mana, di dalamnya terdapat dua buah pasaraya di bawah satu bumbung iaitu Parkson dan Giant. Dengan adanya pelbagai pusat membeli belah biasa dan moden ini, Kota Bharu sangat berpotensi menjadi pusat membeli belah yang utama di Pantai Timur.

PUSAT PENERANGAN PELANCONGAN NEGERI KELANTAN

PENGENALAN

Perkembangan pesat dalam sektor pelancongan dan kebudayaan di Negeri Kelantan telah diberi perhatian oleh Kerajaan Negeri untuk membangunkan lagi sektor tersebut iaitu di mana pihak berkuasa Negeri Kelantan telah memutuskan supaya Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Kelantan mulai 01.04.1994 diambil alih oleh Kerajaan Negeri daripada Pengurusan Perbadanan Kemajuan Ikhtisad Negeri Kelantan. Ia adalah bertujuan untuk memajukan atau meningkatkan lagi tahap perkembangan sektor pelancongan dan kebudayaan di negeri Kelantan. Keputusan ini telah dibuat dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan kali ke 6/94 yang bersidang pada 20.03.1994.

Pengambilalihan ini ialah memandangkan buat masa ini tidak ada agensi kerajaan negeri yang diberi tanggungjawab secara khusus bagi mengendalikan pengurusan mengenai Pelancongan dan Kebudayaan di Negeri Kelantan. Ini juga kerana keadaan ini menimbulkan kerumitan kepada pelaksanaan dan penyelarasan di bahagiaan pelancongan dan kebudayaan di Negeri Kelantan.

Sebelum ini Pusat Penerangan Pelancongan telah diberi tanggungjawab di dalam aktiviti-aktiviti pelancongan sahaja iaitu mengendalikan aktiviti-aktiviti penggalakkan pelancongan anjuran kerajaan negeri dan lain-lain aktiviti yang berkaitan dengan pelancongan. Pusat Penerangan Pelancongan juga diberi tugas mengendalikan aktiviti-aktiviti penggalakan di luar-luar negeri.

Mulai 01.01.1995 apabila Pusat Penerangan Pelancongan telah diambilalih oleh Kerajaan Negeri ianya dikenali sebagai Bahagian Pelancongan & Kebudayaan dan dipertanggungjawabkan kepada Timbalan SUK (pembangunan).

Semenjak perstrukturan semula perjawatan oleh Perkhidmatan Awam Negeri Kelantan 1/1/2004. Bahagian Pelancongan dan Kebudayaan diketuai oleh seorang Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan (Pelancongan & Kebudayaan) dan bertanggungjawab kepada TSUK (Pengurusan).


MATLAMAT ORGANISASI

Visi

Menjadikan Negeri Kelantan sebagai sebuah negeri tarikan pelancongan yang berkesan dengan memberi penumpuan khusus kepada industri pelancongan kebudayaan sebagai penyumbang utama kepada pertumbuhan sosio-ekonomi bagi rakyat negeri Kelantan selaras dengan gelaran sebagai gedung budaya.

Misi

Merangka, merancang, menyusun dan menganjurkan program-program yang berkesan untuk menarik seramai mungkin pelancong domestik dan antarabangsa melalui pakej pelancongan, persembahan permainan tradisional kelantan, seni budaya, sukan rakyat dan rekreasi secara berterusan sepanjang tahun.

Motto

“Kelantan Destinasi Unik Anda”

OBJEKTIF ORGANISASI

Objektif yang paling utama bagi Pusat Penerangan Pelancongan dan Kebudayaan adalah untuk menarik kedatangan pelancong asing sama ada dalam ataupun luar negara untuk datang ke Kelantan dengan sasaran lebih 4.8 juta setahun.

Selain itu juga, objektif organisasi ini juga adalah untuk menggalakkan agar setiap pelancong yang datang melancong di negeri Kelantan akan menghabiskan masa lebih lama berada di Kelantan sekurang-kurangnya seminggu dan memastikan agar peningkatan pelancong ke Kelantan meningkat dengan anggaran paling minima 20% dalam masa 10 tahun akan datang.

Seterusnya objektif organisasi ini mengharapkan pelancong-pelancong yang pernah datang melancong ke Kelantan akan datang lagi dalam masa maksima 5 tahun akan datang terutamanya kepada pelancong dari luar negara dengan adanya pelbagai acara kesenian dan kebudayaan warisan turun temurun yang unik di negeri Kelantan.

Di samping itu juga objektif bagi Pusat Penerangan Pelancongan dan Kebudayaan adalah untuk memastikan identiti dan warisan kebudayaan melayu di negeri Kelantan harus dikekalkan dan diperindahkan lagi agar ianya dapat diminati oleh pelancong yang datang dan menarik minat lebih ramai lagi pelancong asing yang datang ke negeri Kelantan dari tahun ke tahun.

Telah dikemaskini pada : 3 Mac 2014



[Dasar Privasi] [Dasar Keselamatan] [Soalan Lazim] [Bantuan W3C]