Acara Terkini :

Articles

Bantuan W3C

PENGENALAN
 
Portal Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Kelantan ini mempunyai kemudahan untuk capaian Orang Kurang Upaya (OKU) / Disability Access. Kemudahan ini disediakan bagi memenuhi matlamat  W3C Web Accessibility Initiative (WAI) dan Web Content Accessibility Guidelines (WCAG) 2.0 supaya menjadikan laman web mesra pengguna terhadap keperluan OKU.
 
Antara kemudahan yang disediakan seperti berikut:
 
1. Pengguna Cacat Penglihatan
 
Bagi pengguna yang cacat penglihatan, terdapat pembaca teks (text reader) di dalam portal ini.Ianya akan menghasilkan suara yang dijana secara automatik sebagai altenatif kepada pengguna cacat penglihatan dimana mereka boleh mendengar dengan jelas isi kandungan yang ingin disampaikan. Terdapat 2 cara yang boleh digunakan :
 
(a) Pautan kepada pembaca teks :
 
Semasa melayari laman ini, anda akan menemui ikon "Dengar teks ini"  pada penjuru-atas kanan kandungan/artikel tersebut. Klik padanya dan satu tetingkap baru akan muncul. Sila tunggu sebentar sementara laman tersebut sedang di'load'. Anda boleh mendengar suara pembaca teks sejurus selepas ianya selesai dijana. Sila ambil perhatian bahawa ini ialah sebuah aplikasi luaran dan dihos pada pelayan luaran serta merupakan perkhidmatan yang disediakan secara percuma. Masa menunggu akan menjadi lebih lama sekiranya teks yang hendak diproses lebih panjang. Sila ambil perhatian juga, bahawa sebutan yang terhasil tidaklah sesempurna ucapan manusia dan buat masa ini ia hanya menyebut perkataan Bahasa Inggeris dengan betul.
atau
 
(b) IE Page Reader :
 
Dapatkan IE Page Reader
Sebelum anda boleh menggunakan komponen ini, anda harus memuat turun MS Speech API. Jika anda menggunakan Windows2000, besar kemungkinan sistem anda sudah memiliki komponen ini. Anda juga perlu memuat turun sekurang-kurangnya satu Speech Engine . Speech Engine adalah 'suara' seseorang lelaki atau perempuan, yang akan bercakap dalam Bahasa Inggeris atau bahasa-bahasa lain. Untuk arahan selanjutnya bagi menggunakan komponen ini.
 
2. Pengguna warga tua
 
Pengubah saiz teks - menyediakan kemudahan pilihan saiz teks yang berbeza. Pilihan saiz teks tersebut dipaparkan di ruangan atas Portal. Pengguna boleh memilih samada untuk memilih saiz teks yang lebih besar atau lebih kecil, mengikut kesesuaian.
 
3. Pilihan Bahasa

Terdapat pelbagai pilihan bahasa yang disediakan oleh Portal Rasmi Kerajaan Negeri Kelantan iaitu Arab, Cina, Perancis, Jerman, India, Itali, Jepun dan Korea. Pengguna boleh memilih bahasa yang bersesuai dengan mereka untuk membaca kandungan di dalam Portal.

Soalan Lazim

Apakah tujuan Portal ini?

Portal Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Kelantan merupakan gerbang utama kepada informasi berkenaan pelancongan dan kebudayaan Negeri Kelantan melalui Internet.

Mengapa Portal ini diwujudkan?

Dewasa ini, kebanyakan maklumat dan perkhidmatan Kerajaan Negeri Kelantan telah disediakan secara online dan Portal ini diwujudkan untuk memberi kemudahan kepada orang ramai mencari maklumat dan perkhidmatan yang disediakan.

Siapakah yang dibenarkan melayari dan menggunakan Portal ini?

Umumnya, Portal ini boleh dicapai oleh semua lapisan masyarakat. Bagaimanapun, terdapat beberapa maklumat dan perkhidmatan yang memerlukan anda mendaftar sebagai seorang ahli

Apakah dasar privasi Portal? Adakah penggunaan atau akses saya diawasi dan direkodkan?

Segala akses dan penggunaan anda ke atas Portal ini tidak akan direkodkan. Untuk maklumat lanjut, sila layari 'Dasar Privasi dan Dasar Keselamatan'.

Dasar Privasi

Halaman ini menerangkan dasar privasi yang merangkumi penggunaan dan perlindungan maklumat yang dikemukakan oleh pengunjung. 
 
Sekiranya anda ingin mendaftar dan membuat transaksi atau menghantar e-mel yang mengandungi maklumat peribadi, maklumat ini mungkin akan dikongsi bersama dengan agensi awam lain untuk membantu penyediaan perkhidmatan yang lebih berkesan dan efektif. Contohnya seperti di dalam menyelesaikan aduan yang memerlukan maklum balas dari agensi-agensi lain.
 
Maklumat Yang Dikumpul
Tiada maklumat peribadi akan dikumpul semasa anda melayari laman web ini kecuali maklumat yang dikemukakan oleh anda melalui e-mel.
 
Apa Yang Akan Berlaku Jika Saya Membuat Pautan Kepada Laman Web Yang Lain?
Laman web ini mempunyai pautan ke laman web lain. Dasar privasi ini hanya terpakai untuk laman web ini sahaja. Perlu diingatkan bahawa laman web yang terdapat dalam pautan mungkin mempunyai dasar privasi yang berbeza dan pengunjung dinasihatkan supaya meneliti dan memahami dasar privasi bagi setiap laman web yang dilayari.
 
Pindaan Dasar
Sekiranya dasar privasi ini dipinda, pindaan akan dikemas kini di halaman ini. Dengan sering melayari halaman ini, anda akan dikemas kini dengan maklumat yang dikumpul, cara ia digunakan dan dalam keadaan tertentu, bagaimana maklumat dikongsi bersama pihak yang lain.

Dasar Keselamatan

Perlindungan Data
Teknologi terkini termasuk penyulitan data adalah digunakan untuk melindungi data yang dikemukakan dan pematuhan kepada standard keselamatan yang ketat adalah terpakai untuk menghalang capaian yang tidak dibenarkan.
 
Keselamatan Storan
Semua storan elektronik dan penghantaran data peribadi akan dilindungi dan disimpan dengan menggunakan teknologi keselamatan yang sesuai.
 
Maklumbalas dan Aduan
Pentadbiran Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Kelantan amat mengalu-alukan maklumbalas/pertanyaan anda. Sekiranya maklumat yang terperinci diperlukan tidak terdapat di dalam Portal ini, keperluan anda akan dimajukan kepada agensi yang berkaitan.

Telah dikemaskini pada : 3 Mac 2014



[Dasar Privasi] [Dasar Keselamatan] [Soalan Lazim] [Bantuan W3C]